X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Aifa juarai Terbuka Malaysia

Aifa ketika beraksi menentang pemain Mesir Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

BINTANG muda skuasy wanita negara, Aifa Azman mencipta sensasi sepanjang penglibatannya dalam dunia sukan tersebut apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Lebih menarik, pemain berusia 19 tahun itu menjuarai kejuaraan tersebut selepas menundukkan pilihan utama, Salma Hany dari Mesir 12-10, 11-8, 11-4 dalam tempoh 30 minit.

Aifa dari Kedah yang tampil ke kejuaraan tersebut atas kapasiti jemputan sebelum itu mencipta kejutan apabila menyingkirkan beberapa pemain berstatus pilihan seperti Mayar Hany (nombor 47 dunia) dan Yathreb Adel (nombor 31 dunia) masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua.

Pemain nombor 69 dunia itu meneruskan momentum positif apabila menewaskan pemain nombor 19 dunia, Danielle Letourneau yang juga pilihan kelima kejohanan dari Kanada, Danielle Letourneau 11-4, 11-7, 5-11, 11-3 untuk ke pentas perlawanan akhir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!