X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Makmal Unimas, CRC Sibu terus pantau varian baharu

Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Makmal Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu akan terus menjalankan analisis genom virus Covid-19 sebagai langkah pengesanan awal varian baharu B.1.1.529 di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat Sabtu, tiada virus varian baharu itu dikesan di negeri tersebut.

“JPBN juga menyokong peningkatan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan bagi pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi seperti dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Rakyat tidak perlu risau atau panik dengan pemakluman varian baharu ini kerana langkah pencegahan jangkitan Covid-19 termasuk varian baharu itu tetap sama iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penjagaan kebersihan diri serta vaksinasi dos penggalak,” menurut kenyataan itu.

Sarawak pada Sabtu merekodkan 137 kes baharu Covid-19 dan dua kematian.

JPBN memaklumkan purata kes harian baharu yang dilaporkan di negeri itu bagi November (setakat Sabtu) ialah 345 kes, menyaksikan penurunan berbanding Oktober dengan 1,013 kes.

Bilangan kematian disebabkan Covid-19 bagi bulan ini juga menurun kepada 181 kes berbanding 497 pada bulan lepas.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Sarawak semalam ialah 0.78, yang merupakan kadar paling rendah berbanding negeri lain,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!