X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Isu manipulasi harga pakej pelancongan di Semporna disiasat

Datuk Jafry Ariffin
A
A

SEMPORNA - Pasukan penguat kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah akan menjalankan siasatan berhubung aduan isu manipulasi harga pakej pelancongan di Semporna melibatkan ejen pelancongan tidak berdaftar.

Memandang serius mengenai perkara itu, Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak sebarang masalah besar kepada industri pelancongan di Semporna pada masa depan.

"Hal ini ekoran laporan dibuat oleh Persatuan Penyelam Profesional Semporna (SPDA) baru-baru ini yang melaporkan banyak ejen pelancongan tidak berdaftar telah menurunkan harga hingga separuh daripada sepatutnya dan menyebabkan kerugian kepada pengusaha berdaftar.

"Namun, isu ini bukan semata-mata membawa kerugian kepada pengusaha berdaftar tetapi juga melibatkan isu keselamatan pelancong itu sendiri, dikhuatiri ejen tidak berdaftar ini tidak mempunyai kemahiran khususnya cara menyelamat sekiranya berlaku kecemasan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jafry mengingatkan semua pengusaha pelancongan berdaftar supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pakej pelancongan di Semporna memandangkan sektor itu baharu berkembang semula.

Pengerusi SPDA, Suzimin Edris sebelum ini dilaporkan berkata, banyak pengusaha pelancongan di Semporna menawarkan pakej pelancongan murah, bagaimanapun beliau mendakwa pakej itu diberikan pengusaha pelancongan tidak berdaftar dan merekrut pekerja tidak berpengalaman dan tidak berkemahiran memberi rawatan kecemasan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!