'Landaikan Covid-19, baru fikir PRU15'

Mahdzir (dua dari kanan) bertanya khabar peserta Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dekat sini pada Sabtu.
Mahdzir (dua dari kanan) bertanya khabar peserta Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dekat sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA NERANG - Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya boleh dilakukan selepas berjaya melandaikan kes Covid-19 di negara ini.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, fokus utama semua pihak termasuk ahli politik adalah untuk bersama-sama membantu memulihkan kembali ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik itu.

"Saya kira perkara utama yang perlu dilakukan pada masa ini adalah melandaikan kes Covid-19 yang kini menjadi masalah besar negara.

"Ekonomi rakyat kini terjejas susulan Covid-19 ini, jadi kita harus fokuskan kepada usaha memulihkan ekonomi dahulu.

"Bila keadaan sudah selesa, baru kita fikirkan tentang PRU15," katanya selepas merasmikan Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dekat sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU15 tidak sesuai diadakan pada masa ini: KKM

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat yang berpandangan PRU15 tidak sesuai diadakan pada masa ini.

Artikel Berkaitan:

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, situasi semasa menunjukkan penularan kes masih meningkat, kemasukan kes ke hospital bertambah selain terdapat varian baharu B.1.1.529.

Menurut Khairy, jika PRU dijalankan pada masa ini, beliau menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab.