X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Sabah perlu RM27 bilion pulih masalah air

Bung Moktar menyampaikan sijil penghargaan kepada pasukan bola sepak sempena perasmian Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Sabah memerlukan dana sebanyak RM27 bilion untuk memulihkan kerosakan pada loji air bagi memastikan air dapat dibekalkan kepada pengguna dengan lebih baik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, terdapat 22 loji air di Sabah namun semuanya sudah terlalu usang.

"22 loji ini jika hujan berlarutan antara dua hingga tiga jam, ia sudah tidak boleh beroperasi kerana loji ini dibina sejak 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Air dan tebing sungai juga sudah dicemari, jadi 22 loji ini perlu ditutup dan perlu membina loji baharu. Pokoknya, untuk menaik taraf di Sabah memerlukan RM27 bilion bagi memulihkan semuanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kompleks Sukan Likas, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung masalah air di Sabah yang semakin kritikal baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihaknya akan membentangkan hala tuju air dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa kerajaan Sabah tidak mengikut Program Air Negara bersama kerajaan Persekutuan menyebabkan tiada agihan peruntukan khusus bagi mengatasi masalah air di negeri ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!