X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Bajet Perak: Usahawan bakal terima peruntukan antara tertinggi

Saarani (empat dari kiri) menyempurnakan program Mesra selepas Sesi Townhall Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) Usahawan di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini pada Sabtu.
A
A

BAGAN DATUK - Kerajaan Perak dijangka memperuntukkan sejumlah dana paling besar untuk golongan usahawan dalam Bajet 2022 berbanding belanjawan terdahulu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keutamaan bagi penerima peruntukan tersebut akan melibatkan usahawan yang tidak mendapat dana daripada agensi persekutuan.

Menurutnya, semua usahawan yang tidak memenuhi kriteria bagi menerima bantuan daripada agensi persekutuan layak memohon.

"Kami melewatkan sikit pembentangan bajet itu menunggu bajet persekutuan. Apa yang diumumkan di Persekutuan tetapi tidak diterima usahawan, maka akan ditampung oleh kerajaan negeri.

"Ada sesetengah di peringkat negeri tidak dapat memenuhi kriteria yang diumumkan Persekutuan, jadi akan tampung menggunakan dana kerajaan negeri. Jumlah usahawan bergantung kepada permohonan," katanya kepada pemberita selepas Sesi Townhall Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) Usahawan di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan Perak mengumumkan pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) berjumlah RM46.5 juta khusus bagi membantu masyarakat petani, penternak dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Negeri Perak mengharungi tempoh sukar Covid-19.

Saarani berkata, kerajaan negeri melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan (STeP) dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi juga telah melaksanakan lebih 95 program yang memanfaatkan 28,752 usahawan pelbagai kateg terutama sepanjang berdepan pandemik Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!