Gabenor New York isytihar darurat semula

Kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di New York telah meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan lebih 300 orang sehari. Gambar kecil: Kathy Hochul - Foto Agensi
Kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di New York telah meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan lebih 300 orang sehari. Gambar kecil: Kathy Hochul - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Gabenor New York, Kathy Hochul pada Jumaat mengisytiharkan semula perintah darurat di kota metropolitan Amerika Syarikat (AS) itu selepas penularan Covid-19 berada pada tahap tertinggi sejak April 2020.

"Langkah ini perlu kerana kita terus melihat tanda amaran lonjakan kes jangkitan pada musim sejuk sementara varian Omicron belum menular di New York.

"Bencana sedang berlaku di New York kerana pemerintah tempatan tidak dapat bertindak balas secukupnya menangani ancaman tersebut," ujarnya menerusi Twitter.

Hochul
Hochul

Beliau juga menyarankan supaya semua prosedur perubatan tidak mendesak ditangguhkan bermula Jumaat ini jika penggunaan katil hospital mencapai had maksimum.

Menurut beliau, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital juga telah meningkat sejak beberapa bulan lalu lebih 300 orang sehari.

Sebelum ini, pendahulunya, Andrew Cuomo pernah mengisytiharkan perintah sama pada 7 Mac 2020 sebelum ditamatkan pada 24 Jun lalu selepas menilai kemajuan yang dicapai dalam usaha memerangi pandemik tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: