Perbadanan Putrajaya segerakan pembersihan kesan akibat ribut

Perbadanan Putrajaya sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa kawasan terlibat. Foto: Perbadanan Putrajaya
A
A

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya menggerakkan pasukan bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan pokok dan pembersihan bermula dari jam 6 petang hingga 3 pagi dalam kejadian ribut yang melanda Ahad lalu.

Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan berkata operasi dijalankan turut sama dibantu beberapa agensi lain.

"Operasi ini dibantu oleh pasukan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Alam Flora Sdn Bhd.

Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Putrajaya kelmarin. Foto: Perbadanan Putrajaya
Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Putrajaya kelmarin. Foto: Perbadanan Putrajaya

"Operasi bersepadu ini melibatkan kekuatan 30 anggota dan tiga jentera skylift, lima lori, sebuah kren dan dua perincih shredder daripada Perbadanan Putrajaya," katanya.

Katanya, antara kawasan yang terjejas adalah kejiranan Presint 1, 8, 9, 10, 11, 14, 16 serta taman-taman awam.

"Kejadian melibatkan 122 batang pokok tumbang, 115 batang pokok sekah dan lima tiang lampu, kerja-kerja pembersihan telah siap hampir 60 peratus.

Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Putrajaya kelmarin. Foto: Perbadanan Putrajaya
Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Putrajaya kelmarin. Foto: Perbadanan Putrajaya

"Perbadanan Putrajaya bersama agensi-agensi terlibat akan meneruskan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sehingga selesai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Putrajaya dilanda ribut kencang

Terdahulu, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di sini dilanda ribut kencang dan hujan lebat selama 30 minit pada lewat petang 9 Mac lalu.

Beberapa rumah penduduk dilaporkan rosak terutamanya pada bahagian bumbung selain menyebabkan kerosakan kemudahan awam dan taman permainan kanak-kanak.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia