X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Mandi Safar untuk buang sial amalan khurafat: Ahmad Marzuk

Mangsa kebakaran, Mohd Yusoff Kamaruzaman, 31, (kanan) menunjukkan rumahnya yang musnah kepada Ahmad Marzuk Shaary (tengah) selepas menyampaikan bantuan pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mendapatkan penjelasan daripada seorang ustaz berhubung kuliah agama dalam talian berkait amalan khurafat mandi Safar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya mengambil berat perkara yang tular sejak kelmarin itu.

“Hal ini sudah dalam pengetahuan pihak jabatan agama negeri.

“Saya ingin menegaskan amalan mandi Safar ini adalah khurafat dan disebutkan dalam hadis Bukhari dan sahih Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Gajah Mati di sini pada Sabtu.

Tambah beliau, mandi Safar antara amalan zaman jahiliah dan tidak patut dihidupkan oleh masyarakat sekarang.

“Kita kena buang amalan itu dan ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial.

“Jika masyarakat cuba hidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah mengembalikan zaman jahiliah,” katanya.

Tular di media sosial kuliah agama seorang ustaz berhubung amalan mandi Safar yang dikongsikan di laman sosial.

Dalam perkembangan sama, katanya, Jakim dan jabatan agama negeri diarahkan supaya sentiasa memantau kuliah agama oleh pemegang tauliah yang bebas mengajar di masjid dan melalui media sosial.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!