Penting jaga kesihatan minda anak!

x-default
x-default
A
A
A

PENTING sungguh untuk menjaga kesihatan minda anak!

Sebelum anak-anak kita tidur, jangan beri mereka menonton televisyen (dan dengar radio merapu), iPad atau permainan video, apatah lagi jika cerita seram, ganas atau ada adegan separa lucah (termasuklah kartun).

Mengapa? Kajian menunjukkan bahawa tidur mereka akan terganggu, juga elemen-elemen yang tidak baik akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan membentuk personaliti mereka.

Paling baik tentunya ayah dan ibu membacakan kisah-kisah yang baik dari al-Quran, hadis dan para salafussoleh, bagus juga jika ayah sendiri dapat membaca ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ma'thur kepada anak-anak sebelum mereka tidur.

Jika tidak sempat, perdengarkan di telinga mereka bacaan al-Quran atau ajar mereka untuk membaca buku-buku yang baik sendiri sebelum tidur.

Pastikan sebelum anak-anak tidur, hanya input-input yang baik sahaja masuk ke dalam minda mereka.

Cubalah, dan lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kita.

- Dr Hisham Sharif,

Artikel Berkaitan:

Penulis buku keibubapaan terkenal,

Sumber: I-Medik