Bunga Raya 7s tempah slot ke Birmingham 2022

Mohd Saizul bersama para pemain Bunga Raya 7's lelaki negara yang membawa cabaran negara Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai baru-baru ini.
Mohd Saizul bersama para pemain Bunga Raya 7's lelaki negara yang membawa cabaran negara Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai baru-baru ini.
A
A
A

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara berjaya menempah slot ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.

Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil berkata, pasukan dikenali skuad Bunga Raya 7s itu layak beraksi dalam temasya sukan itu setelah menduduki tempat kedua teratas dalam senarai pasukan dari negara Komanwel yang menyertai Kejohanan Asia Ragbi 7s di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Sehubungan itu, Fahmy berkata, barisan pemain negara akan menjalani kem persediaan awal ke Birmingham di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Januari depan.

“Seramai 20 orang pemain akan dipanggil menjalani latihan di Bukit Jalil di bawah kendalian jurulatih Saizul Hafifi Md Noor,” katanya pada Sabtu.

Skuad ragbi lelaki negara menghuni tangga ketujuh daripada lapan pasukan dalam kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2021 UAE itu.

Skuad Bunga Raya 7s menewaskan Filipina 28-19 dalam aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan Ahad lepas.

Sri Lanka mengisi satu lagi slot kelayakan ke Birmingham selepas menduduki tangga kelima keseluruhan dalam kejohanan berkenaan.

Ini merupakan penyertaan skuad ragbi negara buat kali keenam di dalam temasya Komanwel sejak beraksi buat kali pertama ketika menjadi tuan rumah temasya itu pada 1998.

Artikel Berkaitan:

Malaysia gagal layak beraksi pada edisi 2006 di Melbourne, Australia. - Bernama