Jelajah Selangor Bekerja: 385 individu layak ditawarkan pekerjaan

Mohd Khairuddin (kanan) berbincang sesuatu bersama wakil majikan yang turut serta dalam Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, pada Sabtu.
Mohd Khairuddin (kanan) berbincang sesuatu bersama wakil majikan yang turut serta dalam Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 484 individu diterima bekerja menerusi lima siri penganjuran Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang bermula sejak 23 Oktober lalu.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selain itu, 832 peserta siri jelajah berkenaan turut dikenalpasti layak untuk sesi temuduga kali kedua.

Beliau berkata, secara keseluruhan, seramai 1,891 peserta hadir mengikuti siri jelajah tersebut yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas.

"Kerajaan Selangor menyasarkan menurunkan kadar pengangguran di negeri ini dari 4.4 peratus kepada 3.7 peratus tahun depan. Penganjuran siri jelajah ini diharap dapat menjadi antara usaha mencapai hasrat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Program Jelajah Selangor Bekerja 2022 bermula dari 23 Oktober membabitkan enam kawasan atau daerah yang telah dikenal pasti seperti Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling.

Mengulas lokasi terakhir penganjuran siri jelajah berkenaan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, Mohd Khairuddin berkata, terdapat lebih 8,000 peluang pekerjaan ditawarkan secara keseluruhan menerusi penganjuran tersebut.

"Antara majikan terlibat ialah Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), DRB-Hicom, Parkson Corporation dan beberapa lagi.

"Kerajaan negeri berharap pencari kerja dapat mengambil peluang untuk hadir dan mendapatkan pekerjaan gang ditawarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: