X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Royalti minyak: Menteri, MP Kelantan sepatutnya jadi pejuang utama

Sayuti
A
A

KOTA BHARU – Menteri dan ahli Parlimen dari negeri ini sepatutnya menjadi barisan pejuang utama dalam menuntut royalti petroleum Kelantan kerana mereka berada di medan 'peperangan' sebenar iaitu Parlimen.

Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata, dalam isu ini tidak boleh tuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya pemimpin Kelantan sepatutnya peka dan bertindak selaras dengan peluang yang ada.

“Di manakah ahli Parlimen dan menteri dari Kelantan semasa perkara ini dibincangkan di Parlimen? Walaupun sebelum ini hanya Datuk Takiyuddin Hassan yang dilihat bersungguh memperjuangkan hak ini, bagaimana pula dengan pemimpin lain?

“Apakah yang mereka buat dan bincangkan dalam kabinet? Keputusan diumumkan menteri itu tentu diputuskan dalam kabinet. Apakah mereka hanya diam membisu? Di manakah tanggungjawab dan amanah mereka untuk menjaga rakyat Kelantan?” soal beliau ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Royalti minyak: Kelantan mohon penjelasan kerajaan pusat

Beliau menzahirkan rasa sedih jika keputusan yang diumumkan kerajaan melalui Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak sedikit pun mendapat bantahan daripada menteri dan ahli Parlimen yang Kelantan ada.

Beliau turut menyoal adakah mereka merasakan ia bukan tanggungjawab mereka lagi kerana masing-masing sudah pun berada di kerusi yang diidamkan, sedangkan rakyat sedang menunggu.

“Sekiranya pengumuman Tengku Zafrul itu kekal, rakyat Kelantan bolehlah meletakkan kekhilafan dan kerugian itu kepada menteri dan ahli Parlimen yang ada.

“Buat kesekian kalinya Pas kena tipu kepada kerajaan ditunjangi UMNO atau kerajaan Kelantan boleh mendapatkan hak mereka itu kembali apabila kerajaan dalam pilihan raya akan datang bertukar,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!