Kes positif Covid-19 menurun kepada 5,097

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 menunjukkan penurunan pada Sabtu dengan 5,097 kes baharu berbanding 5,501 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 84 kes adalah kategori tiga hingga lima.

"Selebihnya, 5,013 kes lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari tahun lalu adalah 2,619,577 kes.

"Terdapat 510 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 258 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 5,352 kes sembuh dengan jumlah keseluruhannya, 2,522,045 kes.

"Terdapat pertambahan lapan kluster baharu menjadikannya, 5,928 kluster," katanya.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata, 5,694 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 234 masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara menurun kepada 0.97 bagaimanapun terdapat 10 negeri dan wilayah melepasi nilai Rt 1.0.

Ia membabitkan Labuan (1.22), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing 1.04, Melaka (1.01), manakala Putrajaya serta Pulau Pinang mencatatkan 1.03.

“Seterusnya, Selangor dan Perak masing-masing (1.02), Pahang (1.01) dan Johor (1). Negeri-negeri lain mencatatkan nilai RT di bawah 1.0," katanya.

Pada 27 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,097 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,619,577 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 27, 2021