Denda RM1,000 beri maklumat palsu kepada polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan dua penganggur memberi maklumat palsu kepada polis pada Disember tahun lepas membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

G. Thanesh Prasanth, 27, dan G. Silventhiran, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa.

Kedua-dua tertuduh turut berhadapan dengan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa telah memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 11.03 malam, 6 Disember 2018 dan pada 1.17 tengah hari 10 Disember tahun sama berhubung siasatan kes melibatkan kejadian tarik kereta.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fariza Amira Azman. Kedua-dua tertuduh membayar denda tersebut.- Bernama

Artikel Berkaitan: