Tuchel lakukan rombakan berdepan United

Chilwell - Foto Premier League
Chilwell - Foto Premier League
A
A
A

PENGENDALI Chelasa, Thomas Tuchel mengesahkan dia bakal melakukan sedikit rombakan berikutan dua pemain tonggak, Ben Chilwell dan N’Golo Kante tidak akan diturunkan pada aksi berdepan Manchester United di Stamford Bridge pada Isnin.

Menurut Tuchel, Chilwell berkemungkinan akan terlepas keseluruhan aksi musim ini berikutan kecederaan ACL yang dialaminya ketika ini.

“Chilwell kini bolehlah dianggap sudah ‘tidak ada’ bersama pasukan. Kecederaan yang dialaminya agak serius dan kami mahu dia menjalani rawatan secara konservatif.

“Oleh itu, dalam tempoh enam minggu mulai sekarang, kita akan lihat hasil rawatan berkenaan dan diharapkan ia memberikan berita gembira kepada kita atau pun dia memerlukan pembedahan.

“Bagaimanapun ketika ini, dia kelihatan begitu positif dan sudah tidak sabar untuk beraksi setelah dirinya kembali pulih daripada kecederaan berkenaan manakala Kante pula dilaporkan mengalami kecederaan lutut dan kita ketepikan dia buat sementara waktu,” katanya.

Untuk rekod, selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea kini meraih 29 mata daripada 12 perlawanan dan dijangka meraih tiga mata lagi ketika berdepan skuad The Red Devils itu.

Sementara itu mengulas mengenai kehadiran pengendali ‘interim’ Manchester United, Ralph Rangnick, Tuchel menyifatkan ia satu perkembangan baik bagi membantu pasukan berkenaan untuk kembali muncul selaku pasukan disegani.

Malah katanya, dengan reputasi Rangnick yang dilabel selaku ketua bagi semua jurulatih, skuad The Red Devils itu dilihat mampu untuk kembali ke landasan kejayaan.

Artikel Berkaitan:

“United agak bertuah kerana memiliki Rangnick bagi membantu pasukan berkenaan yang dilihat mengalami kemerosotan ketara sejak kebelakangan ini.

“Saya juga yakin, Rangnick akna mampu melakukan perubahan dan membuatkan United muncul kembali selaku pasukan yang kuat dan disegani,” katanya.