Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksin

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan pada Sabtu melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489. - Bernama

Artikel Berkaitan: