X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

BAM lantik K Yogendran sebagai jurulatih perseorangan lelaki

A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) telah melantik bekas pemain negara, K Yogendran sebagai jurulatih perseorangan lelaki.

BAM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pemain berusia 39 tahun itu, yang mempunyai pengalaman beraksi sebagai pemain perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran, ditugaskan memperkasa barisan perseorangan lelaki yang diketuai oleh Hendrawan dengan dibantu oleh Datuk Tey Seu Bock.

Yogendran, yang berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan di peringkat akar umbi dan luar negeri termasuk sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Mauritius, akan melapor diri untuk bertugas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara pada 1 Disember ini.

“Persatuan akan terus mencari jalan untuk memperkukuh tenaga kejurulatihan pasukan kebangsaan bagi membantu memenuhi potensi besar skuad remaja,” menurut BAM.

Yogendran adalah sebahagian daripada pasukan kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2000 serta pernah beraksi pada Kejohanan All England dan Dunia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!