Piala Dunia Remaja: Malaysia, Belgium sama handal

No Image Caption
A
A
A

HASRAT skuad hoki remaja negara meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2021 tidak kesampaian apabila diikat Belgium pada Sabtu.

Tampil dengan momentum positif hasil kejayaan menjinakkan Chile sebelum ini skuad kendalian Wallace Tan berjaya menyerap asakan naib juara edisi 2016.

Gol dicari skuad negara akhirnya dijelmakan menerusi Amirul Hamizan Azhar pada minit ke-29 yang menyudahkan pukulan sudut penalti Arif Ishak yang sebelum itu diselamatkan penjaga gol Belgium, Pierre De Gratie.

Belgium tersentak dengan jaringan itu kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thibeau Stockbroekx apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-49.

Sementara itu, pemain terbaik perlawanan tersebut, penjaga gol negara, Che Shahrul Azmi Che Saupi menyifatkan keputusan yang dilakar pada aksi tersebut adalah hasil kerjasama dalam kalangan pemain.

"Bagi perlawanan menentang Afrika Selatan, kami akan melakukan yang terbaik," katanya.

Dalam satu lagi aksi sebelum itu, Afrika Selatan menewaskan Chile 5-1.

Artikel Berkaitan: