KKM terima tiga anugerah amalan baik peraturan dari MPC

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima tiga anugerah Regulatory Champions daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) sempena Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan 2021.

KKM dalam satu hantaran dimuat naik di laman Facebooknya menyatakan, anugerah tersebut ialah Kementerian Aktif Melaksanakan Amalan Baik Peraturan (GRP), Anugerah Pengawal Selia Aktif/Unified Public Consultation (UPC) dan Tokoh Amalan Baik Peraturan Peringkat Kementerian.

"Pelbagai projek, penambahbaikan peraturan berimpak tinggi telah dilaksanakan oleh KKM hingga menjadikan ia sebagai penanda aras kepada kementerian lain.

"KKM juga adalah kementerian tertinggi yang telah menyumbang kepada pendaftaran Notifikasi Peraturan (RN) dan Penyata Impak Peraturan (RIS)," kata KKM.

Menurut KKM, bagi kategori Tokoh Amalan Baik Peraturan Peringkat Kementerian Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah menerima anugerah tersebut atas komitmen dan penglibatan aktif beliau dalam melaksanakan inisiatif GRP dalam sektor kesihatan secara keseluruhannya.

Bagi kategori Anugerah Pengawal Selia Aktif/UPC, ia dimenangi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Anugerah Regulatory Champions, MPC ialah pengiktirafan dan penghargaan kepada kementerian, agensi, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan individu terpilih yang terlibat secara aktif dan memberikan sumbangan dalam menjayakan inisiatif GRP.

Pengiktirafan ini mengambil kira pencapaian tahun 2020 hingga kini. - Bernama

Artikel Berkaitan: