JDT mara ke final Piala Malaysia

Cabrera antara penjaring gol Harimau Selatan ketika melayan kunjungan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. FOTO: JOHOR Southern Tigers
Cabrera antara penjaring gol Harimau Selatan ketika melayan kunjungan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. FOTO: JOHOR Southern Tigers
A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah untuk menjulang kejuaraan edisi ke-100 Piala Malaysia selepas menyingkirkan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat untuk mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1.

Skuad penyandang juara piala berprestij itu kendalian Benjamin Mora tersebut mempamerkan karakter sebenar dalam tempoh 15 minit babak pertama apabila mendahului anak didik Nafuzi Zain.

Peledak sensasi Harimau Selatan, Bergson Da Silva terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ketujuh sebelum Gonzalo Cabrera melebarkan jaringan dengan gol minit ke-11.

Bergson sekali lagi muncul sebagai watak pemusnah apabila menambah jaringan setelah menghukum kesilapan benteng pertahanan skuad Penyu pada minit ke-14 untuk Harimau Selatan selesa mendahului babak pertama 3-0 babak pertama.

Bagaimanapun tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain senior Harimau Selatan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah setelah menghantuk kepala Faisal Halim pada minit ke-16.

Untuk rekod pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Isnin lalu kedua-dua pasukan melakar keputusan seri 1-1.

Dalam aksi itu, TFC terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Jordan Mintah yang menanduk umpanan Lee Tuck pada minit kelapan sebelum Bergson menghukum kesilapan tuan rumah ketika perlawanan lima minit bersambung babak kedua apabila mudah menewaskan penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin.

JDT akan menentang pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir kedua melibatkan pertemuan Melaka United-Kuala Lumpur City dalam aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Artikel Berkaitan: