X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

AKM 100 Hari: Nafas baharu industri kreatif

A
A

KAJIAN Asas industri Kreatif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada 2008 menunjukkan industri kreatif tempatan menyumbang sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Jumlah itu mewakili 1.0 peratus daripada eksport negara dan 7.5 peratus peluang pekerjaan di seluruh negara, sekali gus membuktikan industri ini turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Pada tahun 2021, industri kreatif merupakan sektor yang paling terkesan dan menjejaskan lebih sejuta penggiat seni akibat pandemik Covid-19.

Mendepani pasca pandemik, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berharap pemain industri dan semua pemegang taruh sektor ini lebih aktif dan agresif menjana semula pendapatan dalam norma baharu.

Untuk tujuan itu, agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan MyCreative Ventures disaran terus berperanan dalam membantu mengaktifkan semula industri hiburan yang terjejas teruk.

Pengumuman pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022, turut diharap memberi kelegaan kepada pemain industri.

Di sebalik AKM 100 Hari Menerusi Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari KKMM, Industri Kreatif Digital dan Syarikat Industri Digital merupakan bidang tumpuan yang disenaraikan dalam tiga teras utama.

Penggiat seni dibantu dalam memacu penerima gunaan digital, pengkomersialan teknologi dan harta intelek yang membuka peluang pekerjaan dalam bidang digital.

Selain membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Industri Kreatif Digital dan Syarikat Industri Digital Inisiatif turut menerima inisiatif penyaluran geran daripada sebahagian peruntukan RM40.48 juta sehingga 9 Disember 2021, melibatkan:

- Geran Padanan Penerimagunaan Digital

- Dana Teknologi Inovasi untuk Globalisasi (TIG)

- Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan - Research Incentive Scheme For Enterprises (RISE)

- Dana Kandungan Digital

- Geran Automasi Pintar

- Digital Creative Content Challenge (DC3)

Program KoFI

Program [email protected] (KoFI) merupakan inisiatif KKMM dan Finas berkonsepkan libat sama masyarakat dan komuniti belia setempat dengan sektor industri kreatif. KoFI bertujuan menyatukan golongan belia dan kelompok B40 di kalangan komuniti setempat menerusi program Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif.

Selain itu, ia juga bertujuan membuka peluang kepada komuniti mendapat pelbagai input berkaitan industry kreatif tempatan di samping mengenal pasti dan memupuk minat, bakat atau kemahiran dalam kalangan peserta sasaran terutamanya bidang penyiaran dan perfileman.

Program Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif melibatkan penganjuran bengkel dan program iaitu:

- Bengkel Teknik Asas Lakonan

- Bengkel Videografi Youtubers

- Bengkel Solekan dan Kesan Khas

- Sesi sembang santai selebriti

Tenaga pengajar bengkel terdiri daripada penggiat industri yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang industri kandungan kreatif Program KoFI yang telah dilaksanakan di Kuantan, Pahang pada 1-3 April & 9-10 Apri,l di Perlis pada 8-9 Oktober dan di Kelantan pada 15-16 Oktober.

Program KoFI juga melibatkan sesi Pitching Dana Kandungan Digital (DKD) bagi membuka peluang kepada belia dan komuniti setempat untuk menghasilkan kandungan kreatif tempatan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!