'Berbuat ihsan kepada pemandu lain'

Dari kiri Khairul Haffiz, Mohamad Hafiz, Muhammad Fahmi dan Amirahman dalam Wacana Al-Quran bertajuk Elak Nahas: Jalan Raya Bukan Pusara yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
Dari kiri Khairul Haffiz, Mohamad Hafiz, Muhammad Fahmi dan Amirahman dalam Wacana Al-Quran bertajuk Elak Nahas: Jalan Raya Bukan Pusara yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Agama Islam mahukan seseorang insan yang merupakan pemandu kenderaan agar berbuat kepada kebaikan.

Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Rusli berkata, agama Islam juga tidak mahu keburukan kepada umatnya dan berbuat keburukan kepada orang lain.

"Tak kira apa sahaja jenis (pemanduan) kenderaan tetapi hendaklah kita mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

"Kalau nampak orang nak masuk jalan dan kita tidak berapa sibuk, bagi laluan. Itu ihsan berbuat baik kepada orang," katanya pada Wacana al-Quran bertajuk Elak Nahas: Jalan Raya Bukan Pusara yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program itu turut menampilkan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Mohamad Hafiz Usman selaku panelis dan dikendalikan Khairul Haffiz Abd Halim sebagai moderator manakala Qari, Amirahman Abas memperdengarkan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 195, Surah Al-Hasyr ayat 9 dan Surah Al-Nisa ayat 59.

Muhammad Fahmi berkata, sekiranya seseorang itu merasakan pemanduannya boleh menyusahkan orang lain, dia hendaklah mengambil jalan agar tidak menyusahkan pihak terbabit.

Artikel Berkaitan: