144 kes baharu Covid-19 di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Sarawak masih mengekalkan jumlah kes harian baharu Covid-19 di bawah 200 dengan 144 kes baharu direkodkan pada Jumaat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan daerah Kuching merekodkan 59 kes baharu, diikuti Miri (18) kes, Bintulu (13), Sibu (10) manakala 17 daerah lagi merekodkan kes di antara satu hingga sembilan kes baharu.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, lima kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 139 kes lagi adalah mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

Jumlah kematian baharu yang direkodkan adalah tiga kes, masing-masing direkodkan pada 16 November, 18 November dan 23 November melibatkan individu berusia antara 49 hingga 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, asma dan penyakit kencing manis manakala seorang tiada sejarah penyakit yang diketahui.

JPBN turut memaklumkan, jumlah kluster Covid-19 yang aktif di negeri ini juga kekal sebanyak empat kluster dan tiada penambahan kluster baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan: