X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

PH gesa Peguam Negara perjelas isu Tajuddin belum didakwa

Tajuddin
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan mengenai Ahli Parlimen Pasir, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang belum dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan menyatakan rasa kesal bahawa sehingga hari ini, Peguam Negara masih belum lagi memberi sebarang penjelasan terhadap tindakannya.

Tajuddin pada Mei lalu dilaporkan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa, beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas itu.

"Oleh itu, kami menggesa Peguam Negara untuk segera memberi penjelasan mengapa YB Pasir Salak tidak dihadapkan ke mahkamah.

"Sekiranya beliau gagal mendakwa YB Pasir Salak, maka Peguam Negara tidak layak memegang jawatan penting ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dalam kenyataan sama, Majlis Presiden memberitahu bahawa isu tersebut mungkin akan mewujudkan persepsi buruk terhadap negara apatah lagi Tajuddin dijangka dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

"Adakah penghormatan tertinggi diberikan kepada sebuah negara jiran penting apabila Malaysia dilantik seorang Duta Besar yang pernah ditahan kerajaan sendiri atas dakwaan salah guna kuasa?" soalnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!