Selangor beri insentif pengecualian caj pemaju RM500

Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.
Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju memberikan insentif pengecualian 100 peratus bayaran caj pemajuan iaitu RM500 bagi pembinaan rumah mampu milik untuk memacu dan menggalakkan pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023.

Selain itu, beliau berkata, dasar 100 Hari Kelulusan Tanah yang sebelum ini mensyaratkan bayaran deposit premium tanah 150 premium daripada anggaran akan diturunkan kepada 100 peratus untuk memudahkan urusan pihak industri.

"Dengan beberapa langkah ini kita yakin dapat meningkatkan kadar 'ease of doing business' di Selangor dan menggamit para pelabur untuk terus merancakkan ekonomi negeri," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan memudahkan cara perjalanan perniagaan khususnya dari segi kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan infrastruktur bagi menjadikan Selangor sebagai pilihan utama pelabur tempatan dan luar negara.

Ujarnya, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) akan mengukuhkan implementasi 'Smartbox PTGS' bagi memudahkan urusan dan transaksi yang sebelum ini berdepan beberapa kekangan daripada Akta Tanah Negara.

"Proses pembangunan tanah yang biasanya mengambil masa 270 hari atau sehingga setahun di Selangor akan dijimatkan hampir 50 peratus.

"Kemudahan tersebut akan dilaksanakan dan diperluaskan pada tahun 2022 di seluruh negeri Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: