Rasuah: Bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil dijatuhi hukuman penjara

Carlos Arthur Nuzman (tengah) dijatuhi hukuman penjara 30 tahun 11 bulan atas sabitan rasuah, pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. - Foto fail Reuters
Carlos Arthur Nuzman (tengah) dijatuhi hukuman penjara 30 tahun 11 bulan atas sabitan rasuah, pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. - Foto fail Reuters
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil, Carlos Arthur Nuzman dijatuhi hukuman penjara 30 tahun 11 bulan atas sabitan rasuah, pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai, lapor Xinhua.

Hakim Marcelo Bretas berkata, bekas presiden berusia 79 tahun itu didakwa sebagai dalang utama dalam membeli undi untuk Rio de Janeiro dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

Di bawah undang-undang Brazil, Nuzman kekal bebas sementara menunggu semua rayuannya.

Selain itu, bekas Gabenor Rio, Sergio Cabral, usahawan Arthur Soares dan ketua operasi Rio 2016, Leonardo Gryner turut didapati bersalah.

Siasatan mendapati Nuzman, Cabral, Soares dan Gryner menyelaraskan pembayaran rasuah AS$2 juta kepada bekas Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa, Lamine Diack, dan anaknya Papa Diack sebagai pertukaran untuk undian hak penganjuran Olimpik.

Nuzman meletak jawatan sebagai Presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil pada Oktober 2017 selepas menyandangnya selama lebih dua dekad dan diletakkan di bawah tahanan rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: