X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

PRU15 tidak sesuai diadakan pada masa ini: KKM

Foto hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada masa ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, situasi semasa menunjukkan penularan kes masih meningkat, kemasukan kes ke hospital bertambah selain terdapat varian baharu B.1.1.529.

"Jika PRU dijalankan pada masa ini, saya rasa ia adalah tindakan sangat tidak bertanggungjawab," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin politik yang mahukan PRU-15 segera diadakan.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siri perbincangan dan libat urus dengan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

"Mereka telah mengemukakan beberapa permintaan yang sedikit berbeza daripada PRN Melaka. Contohnya terdapat beberapa kawasan di Sarawak yang tiada capaian internet yang menyukarkan untuk calon menjalankan kempen secara maya," katanya.

Menurut Khairy, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang ditugaskan bagi urusan SOP PRN Sarawak.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu dipersetujui oleh KKM dan kemudian akan disyorkan oleh SPR untuk dimuktamadkan pada 30 November," katanya.

Sebelum ini, SPR menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian PRN Sarawak dan hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal adalah 14 Disember.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!