Penyatuan ummah tidak boleh terhad kepada kelompok tertentu

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas mendukung kenyataan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, aspek paling besar dalam memperkukuhkan penyatuan ummah ialah menyatukan masyarakat Melayu dan Islam serta bumiputera yang majoriti.

Menurutnya, ia juga mesti melibatkan semua pihak bagi meraikan kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Penyatuan ummah tidak boleh terhad kepada sesetengah kelompok sahaja, ia mesti bergerak selari.

“Pemuda Pas berdiri teguh dengan kenyataan Presiden parti yang menjadi dasar perjuangan parti dan menegaskan sebarang kenyataan mana-mana pihak tidak selari dengan kenyataan tersebut bukanlah pendirian rasmi parti serta tidak wajar dikaitkan dengan Pas,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada Khamis dilaporkan berkata, MN dan PN tidak seharusnya dipisahkan sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

Katanya, kedua-dua gagasan itu seperti dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat.

Artikel Berkaitan: