Kompleks perumahan pekerja bakal dibina di Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta bagi memulakan usaha untuk melaksanakan pembinaan kompleks perumahan pekerja di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan kompleks berkenaan bakal dilaksanakan menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dilengkapi beberapa kemudahan seperti kedai dobi, restoran dan kedai runcit.

Beliau berkata, inisiatif itu juga bertujuan bagi memartabatkan hak asasi pekerja industri menerusi penyediaan kemudahan kediaman yang kondusif, sistematik dan selamat.

"Usaha ini menepati Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)," katanya.

Amirudin berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan Selangor 2022 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sehingga kini, kawasan seluas 58.68 hektar telah dikenal pasti bagi menjayakan usaha itu.

"Kompleks ini juga dijangka dapat menempatkan kira-kira 60,000 pekerja melibatkan beberapa kawasan antaranya Petaling, Klang, Hulu Langat dan beberapa lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: