31, 730 saman pelbagai kesalahan trafik dalam tempoh 11 bulan

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa PPPNT Cawangan Dungun sesi ke dua
Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa PPPNT Cawangan Dungun sesi ke dua
A
A
A
DUNGUN - Sejumlah 31, 730 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dalam tempoh 11 bulan sejak 1 Januari sehingga 23 November lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, selain itu dalam tempoh sama, sejumlah 599 kertas siasatan kes pelbagai kesalahan trafik berjaya dibuka dan seterusnya dituduh di mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

"Dalam aspek jumlah kemalangan yang berlaku di daerah ini, statistik mencatatkan sepanjang tempoh berkenaan ialah sebanyak 1,184 kes.

"Kes kemalangan melibatkan kemalangan rosak sebanyak 1,046 kes; kecederaan ringan (85) diikuti kemalangan maut di bawah Seksyen 41 (23); cedera parah mengikut Seksyen 43 (18) dan Seksyen 42 kerana kesalahan memandu melulu (12) ," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pesara-Pesara Polis Negeri Terengganu (PPPNT) Cawangan Dungun kali ke 2, 2021/2023 di Dewan Mayang Sari Resort di sini, yang disempurnakan Tmbalan Ketua Polis Daerah Dungun Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman, pada Khamis.

Sementara itu, sepanjang tempoh 15 hingga 24 Oktober lalu sepanjang Ops Jihad Dadah 2.0 IPD Dungun, sejumlah 79 kes tangkapan berjaya direkodkan.
Artikel Berkaitan:


"Ia termasuk tangkapan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 (13) kes; Seksyen 12 (2) ADB 1952 ( 14) kes dan Seksyen 15 (1) ADB 1952 (52) kes.

"Sepanjang tempoh tersebut, sejumlah 67.12gram pelbagai jenis dadah berjaya dirampas termasuk pil yaba ( 52.82) gram; syabu (Kristal) (9.94)gram; heroin ( 4.23) gram dan pil eramin (0.13 gram)," katanya.

d lain- lain kesalahan non indeks, seorang suspek melakukan kesalahan menghalang penjawat awam dan seorang suspek terlibat dalam jenayah cuba bunuh," katanya.