Lemas dicekik punca kematian lelaki

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian bunuh membabitkan seorang lelaki di Flat Jalan Ashby di Ipoh.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian bunuh membabitkan seorang lelaki di Flat Jalan Ashby di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di pasar pagi Flat Jalan Ashby pada Khamis disebabkan lemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa berusia 29 tahun itu mendapati kelemasan itu disebabkan oleh tekanan di bahagian leher.

"Bedah siasat telah dijalankan pada Jumaat sekitar jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

"Sebab-sebab kematian adalah 'Asphyxia due to neck compression' iaitu kelemasan disebabkan oleh tekanan di bahagian leher," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki maut bergaduh gara-gara pembesar suara

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang ditahan telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat lelaki didapati bertengkar berkaitan kes kecurian pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.

Mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, bagaimanapun disahkan maut dalam pergelutan itu dan polis turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemukan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: