X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Muip sumbang geran bernilai RM88,000 kepada UMP

Gimik penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Asmadi (dua dari kiri) kepada Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Prof Madya Dr Rashidi Abbas (dua dari kanan) di Kompleks UMP.
A
A

KUANTAN - Sebanyak RM88,000 disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai geran program keagamaan dan kajian penyelidikan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Muip (Sektor Baitulmal dan Operasi), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM50,000 diserahkan kepada Pusat Islam UMP untuk geran program keagamaan.

Menurut Asmadi, baki sebanyak RM38,000 akan disumbangkan kepada UMP bagi membolehkan kajian dan penyelidikan dilaksanakan oleh institusi tersebut.

"Sumbangan ini diagihkan selepas meluluskan permohonan UMP untuk menganjurkan program keagamaan yang akan dilaksanakan oleh Pusat Islam UMP.

"Selain itu, geran bagi membuat kajian terkini Had Al-Kifayah telah diluluskan untuk tujuan pengurusan zakat khususnya di negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, sumbangan diberikan adalah agihan zakat diterima oleh Muip yang dibayar oleh pembayar zakat melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang.

"Diharap sumbangan ini dapat membantu pihak jabatan mengembangkan syiar Islam seterusnya meningkatkan kecemerlangan pendidikan Islam dalam kalangan pelajar," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!