Lelaki cedera kereta jatuh gaung

Anggota bomba berusaha menyelamatkan dan menaikkan mangsa ke tebing selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter pada Jumaat. - Foto ihsan JBPM
Anggota bomba berusaha menyelamatkan dan menaikkan mangsa ke tebing selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter pada Jumaat. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di simpang Tanjung Batu di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalailuddin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.01 pagi dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari BBP Bukit Angin dibantu dua anggota dari BBP Temerloh ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

Kereta Perodua Myvi mangsa yang terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter pada Jumaat. - Foto ihsan JBPM
Kereta Perodua Myvi mangsa yang terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter pada Jumaat. - Foto ihsan JBPM

"Pasukan bomba menaikkan mangsa dengan menggunakan pengusung. Operasi tersebut mengambil masa kira-kira 18 minit.

"Mangsa kemudian diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," katanya kenyataan, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: