X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Tempoh tukar status akaun kanak-kanak TH dilanjutkan

Tempoh penukaran status akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) kepada akaun dewasa yang sepatutnya berakhir 1 Disember ini dilanjutkan hingga 1 Mei depan.Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh penukaran status akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) kepada akaun dewasa yang sepatutnya berakhir 1 Disember ini dilanjutkan hingga 1 Mei depan.

Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan yang menanggung tugas Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd Wahab berkata, pelanjutan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga melakukan proses penukaran di cawangan-cawangan TH berdekatan.

Mohamed Ameen berkata, TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun pada 1 Mei depan.

"Status link akaun antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pertukaran akaun kanak-kanak ke akaun dewasa perlu dilaksanakan seperti yang termaktub dalam terma dan syarat pembukaan akaun TH iaitu penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

"Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila mereka mencapai umur 18 tahun bagi memastikan pendeposit menguruskan akaun sendiri selain rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun dikemas kini," katanya.

Menurut Mohamed Ameen, pendeposit perlu memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!