Laporta yakin Barca tewaskan Bayern

Barcelona. Foto football espana
Barcelona. Foto football espana
A
A
A

PRESIDEN Barcelona Joan Laporta yakin skuad Blaugrana itu akan menumpaskan geragasi Bundesliga, Bayern Munich pada aksi kalah terakhir peringkat kumpulanE, 8 Disember depan.

Biarpun bakal beraksi di Allianz Arena yang juga merupakna gelanggan keramat buat Bayern, Laporta yakin kemenangan itu mampu direalisasikan dan sekali gus menyaksikan Barca mengiringi Bayern mara ke pusingan kalah mati, kelak.

“Kemenangan ini boleh dicapai. Saya cukup yakin dengan perkara itu dan saya rasa ada keajaiban yang akan berlaku dan kita akan menang.

“Ketika ini, Xavi (Hernandez), dilihat begitu bermotivasi dan diharapkan segala-galanya berjalan lancar khususnya daripada segi persiapan pasukan.

“Tidak keterlaluan juga jika saya katakana bahawa sejak kehadiran Xavi di Nou Camp, kami mula dihormati oleh pihak lawan kerana mereka tahu bahawa kami mampu untuk ‘melakar’ kejayaan lagi,” katanya.

Untuk rekod, Barca dilihat masih berpeluang untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, namun perlu menewaskan Bayarn pada aksi terakhir peringkat kumpulan kerana gergasi Portugal, Benfica, mengekori rapat dengan hanya ketinggalan dua mata.

Malah, Benfica juga diramalkan tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan tercorot Kumpulan E, Dynamo Kiev pada aksi terakhir peringkat kumpulan kelak.

Sementara itu menurut Laporta, Xavi dijangka menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha merealisasikan kemenangna ke atas Bayern, kelak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekiranya tewas atau seri, Barca perlu mengharapkan keputusan perlawanan lain melibatkan Benfica yang berdepan Dynamo Kiev.

“Barcelona akan mara ke pusingna 16 jika berjaya menewaskan Bayern. Jika seri atau tewas, mereka perlu mengharapkan agar Benfica tewas atau seri ketika berdepan Dynamo Kiev.

“Bagaimanapun, saya berharap perkara itu tidak berlaku dan Barca akan layak dengan menewaskan Bayern nanti,” katanya.