ASPIRASI 100 HARI MITI lepasi sasaran

Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Eropah telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan The Movement of the Enterprises of France (MEDEF) International bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang komuniti perniagaan Malaysia dan Perancis
Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Eropah telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan The Movement of the Enterprises of France (MEDEF) International bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang komuniti perniagaan Malaysia dan Perancis
A
A
A

Pada 9 hingga 12 Disember depan, negara bakal mencatat sejarah tersendiri apabila ke semua 31 kementerian bakal dihimpunkan dalam sesi penganjuran Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Penganjuran AKM merupakan acara esklusif bagi mengetengahkan kejayaankejayaan yang dicapai oleh pentadbiran Anggota Jemaah Menteri dalam kepimpinan negara sepanjang 100 hari.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut menyertai acara gilang-gemilang ini.

AKM 100 Hari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada awal pembentukan kabinet menetapkan, Anggota Jemaah Menteri memberi kad laporan prestasi masing-masing pada 100 hari pertama perkhidmatan berpandukan kepada enam teras utama.

Prestasi setiap Anggota Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian berdasarkan pencapaian tiga aspirasi yang telah ditetapkan, Penilaian Prestasi Menteri oleh Perdana Menteri serta Persepsi Awam terhadap menteri dan kementerian.

Program yang bakal diadakan selama empat hari itu, memberi peluang kepada rakyat menyertainya.

Namun, mengambil kira situasi semasa Covid-19 yang memerlukan faktor kesihatan dan penjarakan sosial dititikberatkan, sasaran jumlah pengunjung ditetapkan seramai 4,000 orang secara fi zikal dan 100,000 penonton secara maya.

MITI bersama semua 13 agensi di bawahnya yang diletakkan di bawah teras 1 iaitu Menstruktur Semula Ekonomi akan terlibat sepanjang program itu nanti.

Artikel Berkaitan:

MITI telah berjaya melepasi sasaran bagi semua tiga aspirasi di bawah teras berkenaan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.

Sasaran 100 hari itu juga dilihat mampu menggambarkan prestasi kementerian.

Acara pecah tanah bagi Fasiliti AT&S di Kulim, Kedah menandakan realisasi salah satu pelaburan baharu di Malaysia. Pelaburan terbesar AT&S di luar Austria dalam sektor E&E ini bakal mewujudkan 6,000 pekerjaan buat rakyat Malaysia.
Acara pecah tanah bagi Fasiliti AT&S di Kulim, Kedah menandakan realisasi salah satu pelaburan baharu di Malaysia. Pelaburan terbesar AT&S di luar Austria dalam sektor E&E ini bakal mewujudkan 6,000 pekerjaan buat rakyat Malaysia.

TERDAPAT TIGA ASPIRASI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH MITI IAITU:

1. Meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan

- Pelaksanaan program galakan pelaburan yang strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui program galakan pelaburan yang strategik. MITI mensasarkan sebanyak RM60 bilion pelaburan akan diluluskan dan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan baharu akan dicipta.

2. Mengembangkan pasaran eksport

- Pelaksanaan program galakan eksport bagi meningkatkan nilai eksport negara di mana MITI menyasarkan untuk mencatat nilai eksport barangan dalam tempoh 100 hari ini sebanyak RM270 bilion.

3. Memastikan semua sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan (MRS) kembali beroperasi dalam persekitaran yang selamat.

- Sepanjang tempoh 100 hari AKM, MITI mensasarkan sebanyak 80% pekerja dalam Sektor Pembuatan telah berjaya divaksin lengkap di bawah pelaksanaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam – Swasta (PIKAS)

Bagi merealisasikan aspirasi berkenaan, MITI telah melipatgandakan usaha dari segi promosi, galakan dan usahasama dengan pemegang taruh agar perancangan yang dibuat dapat dicapai sepenuhnya.

Setiap agenda MITI membawa mesej dan objektif untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Antara manfaat yang akan diperolehi adalah:

• Peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang serta peningkatan sosio ekonomi masyarakat;

• Peningkatan kemahiran;

• Peluang perniagaan dan pasaran lebih luas kepada pembekal, kontraktor dan usahawan tempatan;

• Mewujudkan lebih banyak usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya meneroka pasaran global;

• Mewujudkan lebih banyak rantaian bekalan kepada usahawan dan PMKS tempatan.

• Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat kepada pekerja;

• Mengurangkan jumlah pengangguran selepas pembukaan sektor pembuatan dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan (MRS); dan

• Memulihkan ekonomi pekerja yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

No Image Caption

Pada 24 November 2021 Turkish Aerospace membuka pejabat baharunya di kampus Cyberview Futurise di Selangor iaitu pejabat kejuruteraan dan reka bentuk pertama syarikat tersebut di Asia Tenggara.

Melalui kerjasama ini, jurutera Turki dan Malaysia akan bekerja di pejabat berkenaan untuk menjalankan kajian bersama dalam pelbagai bidang, termasuk kenderaan udara tanpa pemandu, jet trainers, projek helikopter dan program pemodenan untuk ekosistem penerbangan global.

Bagi menjadikan KPI ini menjangkaui jangka panjang, ia adalah selari dengan perancangan dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Revolusi Industri 4.0 serta program kementerian yang lebih strategik akan dilaksanakan sejajar dengan visi dan misi MITI.

Oleh itu, MITI akan terus melakukan penambahbaikan berterusan termasuk mengadakan konsultansi dan kerjasama dengan pemegang taruh (stakeholders) agar pencapaian setiap program di bawah Teras 1 ini sentiasa memberi impak berterusan bukan sahaja kepada negara dan tetapi juga kepada setiap lapisan rakyat.