Kerajaan campuran: Pas perlu nyatakan pendirian

FB: Sudah tiba masanya untuk parti yang berteraskan Islam itu berterus terang kepada ahli-ahli mereka tentang hala tuju sebenar Pas - Raja Kamarul Bahrin

KAMARUL BAHRIN
KAMARUL BAHRIN
A
A
A

SHAH ALAM - Pas perlu menyatakan pendirian berhubungan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung cadangan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang kini ditadbir BN dan Pas.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sudah tiba masanya untuk parti yang berteraskan Islam itu berterus terang kepada ahli-ahli mereka tentang hala tuju sebenar Pas.

“Kenyataan Datuk Seri Mohamad Hassan yang mengatakan UMNO dan Pas akan mendirikan kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis telah mengejutkan banyak pihak.

“Pas juga sendiri terkejut dengan berita tersebut apabila beberapa pimpinan kanan mereka menyatakan bahawa mereka sendiri tidak mengetahui hal tersebut.

“Tiada salahnya kalau Pas dan UMNO ingin bersama tetapi mereka harus berterus terang kepada ahli mereka. Ini kerana melihat akan kenyataan yang dibuat Mohamad memperlihatkan seolah-olah satu rundingan terperinci telah berlangsung,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas belum bincang kerajaan campuran dengan UMNO

Dalam pada itu, Kamarul Bahrin turut mendakwa Pas mempunyai wajah berbeza di pantai timur dan barat kerana ingin menjaga hati penyokong parti mereka.

“Di pantai barat Pas berkerja secara terbuka dengan UMNO di PRK Cameron Highlands dan Semenyih ,sementara di Terengganu dan Kelantan masih banyak berselindung kerana takut penyokong lari.

Artikel Berkaitan:

“Mengapa Pas mempunyai dua wajah ? Berwajah mesra UMNO di pantai barat tetapi tidak sebegitu di pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan,”katanya.

Sehubungan itu katanya, Pas perlu terus terang kepada penyokong dan ahli kalau ingin mendirikan kerajaan bersama UMNO di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan campuran: Idea hebat perkasa pemerintahan Melayu