X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Kes positif Covid-19 seluruh dunia hampiri 260 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 260 juta berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar hiasan
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 260 juta berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.1 juta kes dan diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes serta Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 258,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.18 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 775,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 613,000 kes, India lebih 466,000 kes dan Mexico lebih 292,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 263,000 kematian manakala United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 87,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,00 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 47,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!