95.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Khamis. - Gambar hiasan
Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Khamis.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98 peratus atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.7 peratus atau 2,762,739 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.8 peratus atau 2,607,392 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 138,752 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis melibatkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama dan 125,257 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,823,474. - Bernama

Artikel Berkaitan: