NS Mura aibkan Tottenham

Horvat meraikan jaringan pendahuluan tuan rumah ketika melayan kunjungan Tottenham.
Horvat meraikan jaringan pendahuluan tuan rumah ketika melayan kunjungan Tottenham.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte akhirnya merasai betapa sukarnya tugas untuk mengubah nasib kelab London itu apabila diaibkan 2-1wakil Slovenia, NS Mura dalam saingan Kumpulan G Liga Konferensi Europa di Maribor.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terlebih dulu ketinggalan pada minit ke-11 apabila Tomi Horvat meletakkan tuan rumah di depan, sebelum pelawat terpaksa beraksi 10 pemain setelah, Ryan Sessegnon dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-31.

Bagaimanapun Kapten Tottenham, Harry Kane berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 babak kedua sebelum Amadej Marosa mengesahkan kemenangan bersejarah NS Mura pada minit ke-94.

Kemenangan tersebut menyaksikan Mura mengumpul mata pertama dalam penampilan sulung saingan tahap tiga kelab Eropah itu dengan tiga mata bagi kedudukan keempat kumpulan.

Tottenham pula kekal dikedudukan kedua dengan tujuh mata sama mata dengan kelab Belanda, Vitesse Arnhem, empat mata di belakang pendahulu Rennes yang akan ditemui pada perlawanan terakhir kumpulan 9 Disember depan.

Artikel Berkaitan: