Liga Europa: Leicester City hidupkan peluang ke peringkat kalah mati

Daka meledak jaringan pertama buat Leicester City.
Daka meledak jaringan pertama buat Leicester City.
A
A
A

LEICESTER City menewaskan Legia Warsaw 3-1 untuk melonjak dari kedudukan tercorot ke pendahulu Kumpulan C saingan Liga Europa sekali gus menghidupkan peluang mara ke peringkat kalah mati.

Skuad kendalian Brendan Rodgers itu mempunyai lapan mata daripada lima perlawanan, lebih satu daripada Spartak Moscow dan Napoli dan dua mata di hadapan Legia, dengan keempat-empat pasukan masih bersaing.

Napoli yang menewaskan Spartak Moscow 2-1 di Moscow akan menerima kunjungan Leicester manakala kelab Rusia itu melawat Legia pada 9 Disember.

Pada aksi di Stadium King itu, Power Patson Daka meletakkan The Foxes di depan pada minit ke-10 sebelum James Maddison menjadikan kedudukan 2-0.

Legia kembali memberikan saingan menerusi Filip Mladenovic pada minit ke-26 sebelum tandukan Wilfred Ndidi minit ke-33 memadam kebangkitan pelawat.

Dalam pada itu, West Ham United turut melakar kemenangan apabila menjinakkan kelab Austria, Rapid Vienna 2-0 di laman lawan.

Sementara itu, kelab Liga Perdana Scotland, Rangers FC mengesahkan slot peringkat kalah mati dari Kumpulan A dengan baki satu perlawanan selepas Alfredo Morelos menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Sparta Prague, untuk mengiringi menyertai pendahulu kumpulan Olympique Lyon.

Penyerang Colombia itu membuka jaringan pada minit ke-15 dan melebarkan jaringan kedua pada minit ke-49 selepas memintas hantaran pemain pertahanan Sparta, Filip Panak.

Artikel Berkaitan:

Lyon kekal di kedudukan teratas selepas dua gol daripada Rayan Cherki dan satu lagi oleh Islam Slimani memberi kelab Ligue 1 itu kemenangan 3-1 ke atas wakil Denmark, Brondby.

AS Monaco pula mara dari Kumpulan B selepas melakar kemenangan 2-1 di tempat sendiri ke atas Real Sociedad apabila gol daripada Kevin Volland dan Youssouf Fofana memadamkan jaringan Alexander Isak untuk pelawat.

Sementara itu, Vinicius dan Bruma menjaringkan gol untuk PSV Eindhoven ketika menang 2-0 ke atas kelab Austria, Sturm Graz, menyaksikan wakil Belanda itu memerlukan keputusan seri dalam perlawanan terakhir kumpulan di Sociedad untuk mara.