Jerung cedera teruk diserang masih mampu berenang

Seekor ikan jerung cedera teruk di bahagian perut selepas diserang sekumpulan ikan jerung di Lautan Hindi baru-baru ini. - Foto Agensi
Seekor ikan jerung cedera teruk di bahagian perut selepas diserang sekumpulan ikan jerung di Lautan Hindi baru-baru ini. - Foto Agensi
A
A
A

MADRID - Seorang saintis berjaya merakamkan video di Mozambique yang menunjukkan seekor ikan jerung masih berenang walaupun sebahagian badan terutamanya bahagian perutnya cedera teruk setelah diserang sekumpulan ikan jerung lain baru-baru ini.

Video kedalaman dua meter di bawah permukaan Lautan Hindi itu didedahkan oleh seorang saintis dari Sepanyol, Dr Mario Lebrato, 35, kepada media Britain Rabu lalu.

Pada mulanya, beliau dan anggotanya melepaskan seekor ikan jerung namun sekumpulan ikan jerung lain datang ke arah hidupan laut tersebut lalu menyerangnya.

Dalam serangan itu, ikan jerung berkenaan mengalami kecederaan teruk pada bahagian perutnya namun masih lagi mampu berenang selepas selesai 'berlawan'.

Menurut penyelidik itu, ikan jerung yang melakukan serangan tersebut terdiri daripada ikan jerung jenis bull yang mempunyai berat antara 300 hingga 400 kilogram.

Beliau berkata, ikan jerung memakan ikan jerung memang diketahui berlaku tetapi merakamkan video serangan tersebut memang satu tugas yang sukar. - Agensi

Artikel Berkaitan: