Masih kukuh: ADUN PH nafi pentadbiran Perak bertukar

Muhamad Arafat Varisai Mahamad (kiri) dan Loh Sze Yee
Muhamad Arafat Varisai Mahamad (kiri) dan Loh Sze Yee
A
A
A

IPOH - Rakyat di Perak tidak perlu bimbang dengan mesej tular mengenai pentadbiran kerajaan Perak yang dikatakan akan bertukar tangan.

ADUN Hulu Kinta, Mohamad Arafat Varisai Mahamad berkata, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali kerana pentadbiran kerajaan negeri ketika ini berjalan dengan baik.

Menurutnya, beberapa perancangan kerajaan di dalam manifesto dan Bajet Negeri sudah dilaksanakan selain beberapa lagi masih berjalan.

"Cukuplah berpolitik dan menyebarkan benda tak betul kepada rakyat, tumpulah pada pembangunan negeri.

"Ada pihak yang tak senang dengan program-program kerajaan untuk rakyat seperti kad makanan dan kesihatan, bantuan biasiswa dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga wakil rakyat dari PKR berkata demikian sebagai mengulas mesej tular kononnya kerajaan Perak akan bertukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan campuran, pembangkang jangan mimpi: Ketua Pemuda PH

Pemuda Pas Perak sedia bentuk kerajaan baharu

Artikel Berkaitan:

Katanya, rakyat Perak terutama penyokong PH perlu memberikan kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil rakyat PH, ADUN Jalong, Loh Sze Yee berkata, mesej palsu itu sengaja dimainkan pihak tertentu untuk menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Katanya, kesemua ADUN PH masih kuat di belakang kerajaan sedia ada.

"Benda ini tak akan berlaku, janganlah buat andaian perkara yang tak akan berlaku.

"Kita yakin kerjasama UMNO-Pas itu seperti tidur sama-sama tapi mimpi lain-lain, mereka tak akan berjaya," katanya.