X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Allianz Malaysia bersedia beri Sinar Harian saingan hebat

Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad gigih menjalankan latihan.
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan badminton Allianz Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi pasukan badminton Sinar Harian Selasa depan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang selepas sesi latihan malam tadi.

Sean selaku Pengurus Pasukan pasukan Allianz Malaysia menambah, pemain-pemainnya telah menjalankan latihan sendiri selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat dan mereka bersedia untuk memberi saingan sengit kepada pasukan Sinar Harian walaupun menjalankan tempoh latihan yang singkat.

Dijadualkan pada Selasa depan, 30 November, perlawanan persahabatan ini akan menyaksikan lima perlawanan ala-Piala Sudirman – Beregu Lelaki (3), Beregu Wanita (1) dan Beregu Campur (1). Pasukan Allianz Malaysia terdiri daripada Sean, Gary Mark Nagan, Abdul Razak Ramlan, Jason Lim, Joson Lim, Mohd Rasydan, Kenneth Ho, Wong Jeh Ying, Peggy Ng dan Cheong Ee Von.

Pasukan badminton Allianz Malaysia yang akan beraksi Selasa depan selepas sesi latihan.
Pasukan badminton Allianz Malaysia yang akan beraksi Selasa depan selepas sesi latihan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!