SMART kekal cemerlang STPM

Jian Tin (kiri) dan Hui Mein (kanan) berswafoto bersama rakan rakan lain yang cemerlang STPM.
Jian Tin (kiri) dan Hui Mein (kanan) berswafoto bersama rakan rakan lain yang cemerlang STPM.
A
A
A

KUANTAN – Sekolah menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini, berjaya mengekalkan kecemerlangan 100 peratus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selama dua tahun berturut-turut.

Pengetuanya, Nor Naseha Rosni Mohd Arshad berkata, tahun ini gred purata diperoleh sebanyak 2.86 peratus menjadikan SMART di tangga ke enam terbaik STPM daerah Kuantan, negeri Pahang.

Menurutnya, tahun ini dua daripada 70 calon STPM sekolah tersebut mencapai keputusan penuh 4.0 dengan 21 daripadanya memperoleh gred 3.5 dan ke atas.

“Seorang daripada mereka dari aliran Sains manakala seorang lagi Sains Sosial. Pada 2016, empat calon kita memperoleh 4.0 tetapi dari segi peratusan ada penurunan sedikit.

“Namun pada 2017 peratusan meningkat semula dengan dua calon peroleh 4.0 diikuti tahun ini, juga dua calon. Dari segi peratusan untuk tahun 2017 dan 2018 kekal 100 peratus manakala dari segi gred meningkat 0.03 peratus.

“Maknanya keputusan pada tahun ini adalah bagus. Meningkat dengan baik hasil daripada komitmen dan kesungguhan guru-guru dan calon STPM. Kita menjangkakan tahun 2019 akan lebih baik. Ada tiga calon kita yang kita jangka akan peroleh 4.0 dengan 4A, tahun ini,” katanya.

Seramai 21 calon STPM dari SMART memperoleh gred 3.5 dan ke atas.
Seramai 21 calon STPM dari SMART memperoleh gred 3.5 dan ke atas.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan slip keputusan STPM 2018 di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dua pelajar tersebut adalah Hee Hui Mein dan Tang Jian Tin.

Hui Mein ketika ditemubual berkata, untuk memperoleh keputusan cemerlang beliau terpaksa bekerja keras dalam mengulang kaji pelajaran.

“Saya memilih untuk mengambil STPM kerana ia menjimatkan masa dan kewangan kerana pembelajaran dijalankan di sekolah. Bagi saya, ia pilihan yang baik dan bagi pelajar lepasan SPM yang tidak ada arah tuju atau perancangan untuk ke mana-mana universiti atau kolej, eloklah mengambil STPM.

“Selepas STPM pasti jalan dan kecenderungan kita akan lebih mudah untuk kita fikirkan. Perlu ingat, kalau belajar, tidak boleh berputus asa,” katanya.

Sementara itu Jian Tin berkata, menuntut ilmu adalah satu tanggungjawab dan sebagai pelajar beliau tidak mudah berputus asa kerana tempoh belajar sebelum menduduki SPTM, bukan tempoh yang panjang.

Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran di bidang kewangan atau perniagaan.