Tun Siti Hasmah ziarah Adib di IJN

Siti Hasmah mendengar taklimat perkembangan terkini daripada ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim. - Foto: Ihsan JBPM
Siti Hasmah mendengar taklimat perkembangan terkini daripada ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim. - Foto: Ihsan JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa minggu lepas.

Siti Hasmah tiba kira-kira jam 9.40 pagi di sambut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tuan Abu Obaidat Mohamad dan Datuk Dr Ezani selaku wakil pegawai kanan IJN serta keluarga Mohd Adib.

Beliau meluangkan masa hampir 30 minit di IJN bagi melihat perkembangan semasa Muhammad Adib serta mendengar taklimat daripada doktor pakar berkaitan rawatan yang dijalankan.

Siti Hasmah dalam pada itu berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh dan berharap pihak keluarga bersabar di atas kejadian yang berlaku, selain mengucapkan terima kasih kepada pihak IJN, dan kakitangan JBPM.

Sementara itu, perkembangan Muhammad Adib dilaporkan kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Artikel Berkaitan: