X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Aaron-Wooi Yik kempunan

Aaron dan Wooi Yik gagal memburu kejuaraan pada Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia di Bali, Indonesia.
A
A

PERJUANGAN beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Terbuka Indonesia tersekat di pusingan kedua apabila tewas mengejut 14-21, 17-21 kepada rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada Khamis.

Kekalahan itu menyaksikan mereka masih kempunan bergelar 'sang juara' selepas tersingkir di peringkat separuh akhir pada Masters Indonesia di Bali minggu lalu.

Sebaliknya, Yew Sin-Ee Yi berpeluang melunaskan dendam ke atas beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo apabila mereka dijadualkan membuat perhitungan dalam aksi suku akhir pada Jumaat.

Minggu lalu, Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking ke-12 dunia tewas di tangan Marcus-Kevin dalam peringkat suku akhir Masters Indonesia.

Kekalahan pada Masters Indonesia kali ini menyaksikan beregu profesional negara itu tewas semua enam perlawanan dengan gandingan handalan Indonesia berkenaan.

Sementara itu, saingan beregu wanita menyaksikan tiga wakil negara, Pearly Tan-M Thinaah, Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sin gagal meneruskan kemaraan apabila terkandas di pusingan kedua.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelapan terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi apabila 21-14, 20-22, 17-21.

Meng Yean-Cheng Wen pula tumbang di tangan pilihan kelima dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 14-21, 15-21 manakala Vivian-Chiew Sin tewas 26-24, 12-21, 11-21 kepada pilihan ketiga dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!