X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Orang asli sudah mampu jadi imam, bilal

Penghayatan fardu ain dalam kalangan orang asli yang memeluk Islam semakin meningkat dengan ada antara mereka sudah mampu menjadi imam dan bilal di surau kampung masing-masing. Gambar hiasan Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Penghayatan fardu ain dalam kalangan orang asli yang memeluk Islam semakin meningkat dengan ada antara mereka sudah mampu menjadi imam dan bilal di surau kampung masing-masing, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Berucap pada Simposium Pendakwah dan Kepimpinan Orang Asli 2021 pada Khamis, beliau berkata, terdapat 365 surau di perkampungan orang asli dan 34 daripadanya merupakan masjid serta surau diri Jumaat.

"Ini membuktikan syiar Islam sudah berdiri dan tersebar luas ke pelosok belantara," katanya.

Ahmad Marzuk berkata latihan dan kursus bagi imam dan bilal orang asli sentiasa diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memantapkan bacaan dalam solat atau penyampaian khutbah Jumaat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!