55 tokoh pelbagai bidang, latar belakang bersatu bentuk kumpulan musyawarah demokrasi

Mohamed Nazir Tun Razak
Mohamed Nazir Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak bersama 54 orang lagi tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat bergabung tenaga membentuk apa yang dinamakan Better Malaysia Assembly atau Musyawarah Demokrasi Malaysia untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

Kumpulan ini yang akan berkolarborasi secara musyawarah selama dua tahun akan membentangkan syor atau cadangan tentang bagaimana demokrasi, institusi dan ekonomi negara kita harus berfungsi dengan lebih baik dan berkesan termasuklah isu tentang sistem pilihan raya Malaysia, dana politik, hubungan antara persekutuan dan negeri, peranan institusi-institusi utama negara, tindakan afirmatif dan masa depan sistem pendidikan.

Menurut Nazir, cadangan pembentukan kumpulan ini serta nama-nama mereka yang bersetuju untuk mengambil bahagian telah pun dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al–Musta’in Billah pada 28 Oktober lalu.

Mereka juga memohon izin perkenan untuk bernaung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

Kata Nazir, kumpulan ini adalah bebas dari mana-mana fahaman politik dan parti politik.

Ia dianggotai oleh rakyat biasa yang prihatin, mereka yang telah dan pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta, aktivis pertubuhan bukan kerajaan, organisasi kebangsaan, pemikir, ahli akademik, pembuat dasar, pelopor dan perintis dalam pelbagai sektor serta bidang, ekonomis, saintis, pengamal media, bekas pemimpin negara dan ramai lagi dengan latarbelakang yang pelbagai.

Jelas beliau, kumpulan ini juga akan berbincang dan mengemukakan pandangan mengenai bagaimana untuk melakukan penambahbaikan ke atas polisi-polisi tertentu yang telah digunapakai oleh negara ini sejak merdeka hingga sekarang.

Mereka juga berhasrat untuk mencari titik-titik persamaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk yang boleh diterokai bersama demi masa depan Malaysia yang lebih baik, makmur dan aman.

Artikel Berkaitan:

Berikut adalah senarai mereka yang akan menyertai kumpulan ini;

1. Tan Sri Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor

2. Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong, bekas Fellow IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4. Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, University Malaya (UM)

5. Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Time Dotcom

6. Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas Pengerusi Bersih 2.0

7. Tan Sri Andrew Sheng, Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies

8. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, bekas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

9. Tun Arshad Ayub, bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (UiTM)

10. Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Mohd Raji, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)

11. Tan Sri Azman Mokhtar, bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional

12. Badlishah Sham Bahrin, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

13. Ng Choo Seong, Setiausaha Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Perbankan Malaysia

14. Christopher Leong, Rakan Kongsi Chooi & Company + Cheang & Ariff

15. Datuk Seri Wong Chun Wai, bekas Ketua Pegawai Eksekutif The Star

16. Tan Sri Effendi Norwawi, bekas Menteri Persekutuan

17. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

18. Tan Sri Hamid Bugo, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

19. Tun Mohammed Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara

20. Harith Iskander, pelakon dan pelawak

21. Datuk Dr. Hartini Zainuddin, Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit

22. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

23. Datuk Hussamuddin Yaacub, Penerbit dan Pengarah Urusan Sinar Karangkraf

24. Ibrahim Suffian, Pengasas Bersama Merdeka Centre

25. Datuk Seri Idris Jala, bekas Menteri Persekutuan

26. Joseph Solomon, Setiausaha Agung National Union of Bank Employees

27. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health

28. Tan Sri Johan Jaaffar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan

29. Tan Sri Dr. Kamal Salih, bekas Pengerusi MIER

30. Tan Sri Kamaluddin Abdullah Badawi, Timbalan Pengerusi Eksekutif ENRA Group

31. Dr. Kamilin Jamilin, ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan & Perlis

32. Datuk Tong Kooi Ong, Pengerusi The Edge Media Group

33. Lilianne Fan, Pengasas Bersama Geutanyoe Foundation

34. Dr. Munirah Syed Hussein Alatas, Pensyarah Kanan UKM

35. Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

36. Nadhir Ashafiq, Pengasas TheLorry.com

37. Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi Ikhlas Capital

38. Datuk Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Ekonomis

39. Nur Qyira Yusri, Pengasas Bersama UNDI 18

40. Datuk Ruben Gnanalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Westports

41. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

42. Tan Sri Sheriff Kassim, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan

43. Chow Sing Yau, Pengerusi Chinese Research Centre

44. Tan Sri Sufri Mohd Zin, Presiden Master Builders Association

45. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi MIER

46. Dr. Khor Swee Kheng, Fellow Bersekutu Chatham House

47. Tawfik Tun Dr. Ismail, Pengasas Malaysia First

48. Tan Tai Kim, Pengerusi United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)

49. Datuk Tan Tew Sing, Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce

50. Tharma Pillai, Pengasas Bersama UNDI 18

51. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia

52. Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS

53. Vinesh Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy

54. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

55. Tan Sri Yong Poh Kon, Pengerusi Royal Selangor